Sunday, January 21, 2018

Rahsia Mendapatkan Tiket Paling Murah AirAsia!!



Sedikit tips yang boleh saya  kongsi di sini tentang rahsia untuk mendapatkan tiket murah daripada AirAsia yg mempunyai beberapa jenis jenis tiket murah. Paling popular adalah tiket tempat duduk percuma dan juga tiket harga Promo. Walaupun tiket kita   beli mungkin murah (low fare), tapi selagi tiada perkataan Promo pada paparan harga tiket, ia bukanlah tiket paling murah!
6/2/2018 KUL-AOR hanya RM39.00
1. Beli tiket 6 bulan lebih awal daripada tarikh perjalanan - ntuk mendapatkan tiket promo daripada AirAsia.Pembelian tiket di saat akhir harganya sangat mahal.
2. Beli tiket pada hari pertama bila laluan (route) baru diumumkan - dengan tawaran tiket RM0 untuk ahli BIG mereka.Walaubagaimanapun terdapat fees (yuran) yang perlu kita bayar, hanya tempat duduk sahaja RM0!

Tempat Duduk Percuma (Free Seats)

 Kuala Lumpur-Alor Setar RM30.15
2. Beli semasa promosi tempat duduk PERCUMAAir Asia kerap membuat jualan tempat duduk percuma beberapa kali dalam setahun. Anda perlu mengambil peluang ini. Tempat duduk PERCUMA ni adalah tiket yang kita hanya perlu bayar airport tax sahaja. Tapi add-on lain seperti makanan dan luggage perlu dibayar. Untuk mendapat tempat duduk PERCUMA anda perlu perlu menjadi ahli AirAsia BIG terlebih dahulu, untuk mendaftar pergi ke : https://www.airasiabig.com/my/en. Pastikan anda subscribe newsletter semasa mengisi borang tersebut untuk memastikan anda mendapat maklum semua promosi melalui e-mail anda!


 Register sebagai ahli BIG Loyalty adalah percuma. Sebarang tawaran tempat duduk percuma dan tawaran harga Promo, AirAsia akan memaklumkan kepada ahli-ahli BIG Loyalty terlebih dahulu, sebelum diwar-warkan kepa umum! Maksudnya kita boleh kebas dulu sebarang promosi!!





Setiap kali membeli tiket dan selepas perjalanan pergi-balik ke sesuatu destinasi, kita akan dapat mata ganjaran (BIG Points) yang terkumpul boleh ditebus (redeem) dengan menggunakan mata ganjaran yg dikumpul untuk tolak harga tiket. Mata ganjaran (BIG Points) ini boleh juga dikumpul dari bank-bank utama seperti Maybank, Cimb, Public Bank, City Bank dll. Jika anda mempunyai akaun dan juga dari setiap  pembelian melalui Lazada. Setiap kali selesai transaksi Lazada akan bagi option untuk anda masukkan mata ganjaran ke dalam BIG Loyalty (pastikan anda menyimpan No BIG Loyalty ini).

Baca kelebihan Kad AirAsiaBIG di sini :
http://tips-petua-melancung-kos-rendah-murah.blogspot.com/2018/09/apakah-kelebihan-air-asia-big.html?m=1

Mata ganjaran (BIG Points) ini boleh juga dikumpul dari bank-bank utama seperti Maybank, Cimb, Citi Bank, Standard & Charted dll 

3. Like & Folow Facebook AirAsia - untuk mendapatkan maklumat terkini jika ada sebarang promosi  : https://www.facebook.com/AirAsia/


 Promosi di Facebook AirAsia

4. Pilih tarikh selain dari hujung minggu (Jumaat, Sabtu & Ahad) - Ramai orang akan melakukan perjalanan pada ketika ni, maka adalah amat susah untuk dapat harga Promo. Pada hari bekerja biasanya harga tiket lebih murah. Jadi, untuk mendapat tiket murah pilih perjalanan Isnin hingga Khamis!
5. Pilih tarikh selain daripada public holiday - Contohnya 1-2 hari lebih awal, berkemungkinan besar tiada harga promo pada hari-hari cuti umum kerana ramai yang membuat tempahan tiket!
6. Ketika cuti krismas harga tiket di seluruh dunia akan melambung - Manakala semasa cuti sekolah di Malaysia harga tiket akan naik kerana permintaan ke luar negara dan dalam negara sangat tinggi. Anda boleh cuba check harga tiket perjalanan sepanjang bulan Ramadan tahun ini ke seluruh destinasi, anda akan dapati harganya sangat murah kerana kurang permintaan! Jadi, untuk mendapat murah anda perlu elakkan membeli tiket yang perjalanannya ketika cuti umum & cuti sekolah!

7. Buang (clear) 'Cookies' pada web browser anda (Firefox, Chrome, Internet Explorer dll) - Sila buang cookies pada laptop, handphone dan pc anda sekiranya anda telah  melawat mana-mana laman web penerbangan 30 hari sebelum itu. Jika tidak dibersihkan,  melalui cookies ini, sistem tempahan syarikat penerbangan akan andaikan yang kita telah melawat laman web mereka berulang kali. Jadi, sistem tempahan akan menetapkan harga yang sama sahaja walaupun anda sudah masuk laman web itu berulang kali. Tiada peluang untuk mendapat tiket low fare & juga promo. Kadang-kadang, harga akan menjadi lebih tinggi! 

 Jadi, setiap kali anda melayari mana-mana laman web, pastikan telah diubah pada browser setting untuk padam (clear) cookies setiapkali anda exit browser. Untuk Mozila Firefox (Tools>>Option>>Privacy & Security>>History>>Remove Individual Cookies>>Remove All). Untuk Google Chrome (Setting>>More Tools>>Clear Browsing Data>>Cookies & Other Site Data>>Clear Data). Bagaimana untuk melakukannya pada lain-lain browser?? Sila rujuk Pakcik Google!
 
8. Pilih Untuk Mendarat di Lapangan Yang Terbang Kecil - Turun di lapangan terbang yang bukan 'lapangan terbang utama' bagi sesebuah destinasi adalah lebih murah. Contohnya, untuk ke London, biasanya kita akan pilih untuk mendarat di Heathrow Airport, sebaliknya pilih untuk turun di lapangan terbang 'kecil' yang hampir dengan Heathrow contohnya lapangan terbang di Manchester, kemudian, dari Manchester kita naik train untuk ke London, maka lebih murah dan menjimatkan!

9. Buat tempahan tiket antara  waktu tengah malam hingga awal pagi (12:00am - 05:00am) - ketika ini waktu tidur, maka tidak ramai yang membuat pencarian atau menempah tiket, server akan lebih laju dan peluang untuk mendapat tiket lebih murah adalah lebih tinggi. Disamping itu kemungkinan server Airasia "hang" adalah sangat tipis kerana tidak ramai yang menggunakannya!

10. Guna Airasia BIG Pre-Paid Master Card Untuk Membuat Pembayaran Tiket - Setiap kali semasa membuat pembayaran samada menggunakan online-banking contohnya Maybank2u, Credit card dll, Airasia akan mengenakan yuran proses (processing fees) ke atas setiap penumpang. Untuk mengelakkan processing fees ini dikenakan, anda perlu membuat bayaran dengan menggunakan AirAsia BIG Prepaid Master CardBagaimana untuk mendapatkannya? Anda hanya perlu memohon secara online, di sini https://login.bigprepaid.com/customerportalone/registration terdapat dua pilihan (option) iaitu kad plastik (akan dipos kepada anda) dan kad virtual (digunakan secara online sahaja). Isi semua butir-butir yang diperlukan. Kelulusan akan diperlolehi dalam masa yg singkat sekiranya anda e-mail kepada mereka maklumat utama yg diperlukan iaitu salina kad pengenalan & salinan bill talipon/elektrik/air!! Semua urusan adalah secara online!!


Pilih salah satu option : Kad Plastik atau Kad Virtual
Login akaun Big Prepaid
Kad Plastik Big Prepaid (akan dipos kepada anda)

Kad Virtual BIG PrePaid Mastercard boleh diakses secara on-line

Jika permohonan anda diluluskan, kad plastik mastercard akan dipos kepada anda dan jika memilih kad virtual, tidak dipos (anda menggunakan kad secara on-line sahaja). E-mail akan dihantar &anda akan diminta untuk activate kad tersebut.  BIG Prepaid Master Card bukan kad hutang (tiada kredit di dalamnya) anda perlu top-up (minima RM50) ke dalam kad ini melalui Maybank2u, CimbClicks dan lain-lain. Kad ini juga boleh juga digunakankan untuk shopping samada di dalam dan luar negara!

11. Ingin murah lagi? Gunakan Kod Promosi (Promo Code) Pada Aplikasi Handphone - Membeli tiket Airasia melalui handphone lebih murah dari menggunakan laptop atau pun PC kerana setiap masa terdapat diskaun dengan menggunakan code yang diberikan contohnya MOBILE10, MOBILE20, MOBILE30 dll.



12. Ingin Murah Lagi?? Untuk pengguna PC/Laptop/Handphone - anda boleh juga mendapatkan kupon promosi sini https://www.cuponation.com.my/airasia-promocode. Pelbagai promo code boleh diperolehi di sini.




13. Nak murah lagi? Kalau nak murah lagi anda kena memohon menjadi staff AirAsia kerana semua staffnya diberikan harga diskaun yang istemewa!! :)

Penutup
Sekian saja, semoga memberi manafaat kepada anda semua. Saya akan tulis pelbagai tips lagi pada posting akan datang bagaimana untuk melancung ke luar negara dengan kos di bawah RM1,000 tiket AirAsia pergi-balik termasuk penginapan, tax & fees! Contohnya dari Alor Setar-Kuala Lumpur-Ho Chi Minh-Kuala Lumpur-Alor Setar (3 Hari 2 Malam) hanya RM550 tiket pergi-balik + Hotel + Tax & Fees!!

Kuala-Lumpur-Seoul-Kuala Lumpur Serendah RM1,309 - Tiket Termasuk Hotel (6 Hari 5 Malam)

Contoh : Harga yang dipaparkan di atas serendah RM1,309 - RM1319 perjalanan pergi-balek AirAsia + Hotel + Tax + Fees untuk seorang!!! Saya ulang.. Kuala Lumpur- Seoul RM1,309 seorang (tiket pergi balik + Hotel 6 Hari 5 Malam)  menaiki AirAsia  termasuk juga cukai & lain-lain charge (kecuali luggage & makanan)!!! Masih tidak percaya?? Tunggu posting akan datang saya akan ceritakan rahsianya!!


 Kuala Lumpur-Perth Australia serendah RM1,292 (6 Hari 5 Malam) - harga dipaparkan adalah  tiket pergi-balik + hotel (penginapan) + tax + fees






Tuesday, January 16, 2018

Bagaimana Untuk Mendapat Homestay Yang Murah Di Dalam atau Luar Negara?

Salah satu cara untuk mendapat homestay yang murah jika anda berhajat untuk melancung sama di dalam atau luar negara ialah dengan membeli secara online melalui Airbnb. Saya sering menggunakan jika jumlah ahli keluarga yg ramai, contohnya 7 orang saya sering menggunakan Airbnb untuk mencari Homestay semasa melancung di dalam & luar negara.

 AirbNb

Terdapat pelbagai pilihan untuk anda dari segi harga, jenis rumah, lokasi strategik, keluasan rumah, seluruh rumah atau bilik sahaja dan lain-lain bergantung kepada pilihan anda! Pembayaran boleh dibuat dengan menggunakan kad kredit, Pay Pal dan sebagainya.

Ketika musim cuti (peak season) contohnya bulan Disember & March, kadar harga homestay adalah meningkat trerutamanya ketika musim cuti persekolahan.

Airbnb membenarkan kita membatal tempahan bayaran akan dipulangkan (refund) semula ke dalam akaun credit card kita. Tetapi harus diingat, pembatalan bukan disaat-saat akhir dan tidak semua bayaran yg telah dibuat dipulangkan 100% ada premis yg refund hanya 60% sahaja daripada kos asal. Oleh itu rancanglah betul-betul perjalanan anda!       

Ada yang bertanya yang mana perlu dibeli dahulu, homestay atau tiket kapalterbang. Anda perlu beli tiket kapalterbang dahulu supaya mendapat harga yg murah, homestay kita tempah setelah confirm tiket kapalterbang. Sekiranya anda tempah homestay dahulu, kadang-kadang agak sukar untuk menyesuaikan tarikh menginap di homestay dengan tarikh penerbangan!     

 Kobe, Japan
Osaka, Japan
 Hiroshima, Japan
Kyoto, Japan