Cara Mudah Mengumpul Mata Ganjaran AirAsia BIG
Salah satu kelebihan bila anda mengumpul nilai mata AirAsia BIG ialah anda berpeluang untuk menebus nilai mata tersebut dengan tiket penerbangan AirAsia secara percuma! Tidak hairanlah ramai traveler bersungguh-sungguh mengumpul nilai mata sebanyak yang boleh dengan pelbagai cara.
BigPay, adalah sebuah platform yang menyediakan perkhidmatan e-dompet dan menjadi alternatif digital kepada akaun bank berserta kad dan menawarkan fleksibiliti kepada pengguna untuk berbelanja di mana sahaja seluruh dunia.
Anda tidak perlu membawa wang tunai yang banyak ketika membeli-belah atau melancong kerana dengan adanya kad & aplikasi BigPay membolehkan anda berbelanja dengan selamat di lebih daripada 35 juta merchant di dalam dan luar negara serta atas talian (online).
Antara kelebihan lain yang ada bila anda menggunakan BigPay:
Kumpul nilai mata AirAsia BIG dengan BigPay– Setiap transaksi bernilai RM20, 1 BIG Points AirAsia akan dimasukkan terus ke akaun AirAsia BIG anda, apa saja transaksi pembayaran seperti di Mydin, Tesco, Watsons, Lazada, 11Street dan sebagainya, anda berpeluang untuk mengumpul nilai mata AirAsia BIG bila membayar menggunakan BigPay!
Zero processing fees! – Setiap pembayaran tiket penerbangan AirAsia menggunakan kad debit/kredit, anda akan di caj RM16/penumpang, manakala caj untuk pembayaran menggunakan perbankan internet adalah RM4/transaksi. Manakala pembayaran menggunakan BigPay, anda yang perlu membayar kos tiket penerbangan sahaja dan processing fees untuk tiket tersebut akan dikecualikan.
Promosi khas AirAsia untuk pengguna BigPay – Pengguna BigPay sering mendapat akses kepada jualan eksklusif AirAsia yang pastinya boleh menjimatkan lagi pembelian tiket dan merchandise AirAsia.
Kadar tukaran matawang yang rendah – Kadar tukaran matawang yang rendah menjadi antara salah satu kelebihan yang paling berbaloi yang BigPay berikan. Jadi anda tak perlu membuang masa mencari money changeruntuk menukar wang anda.
Kawalan perbelanjaan yang mudah – Dengan aplikasi BigPay, setiap perbelanjaan akan dicatat dan ini memudahkan anda untuk mengawal perbelanjaan harian anda.
Penghantaran wang percuma antara pengguna BigPay – Satu kelebihan yang berguna terutamanya bila anda berkongsi perbelanjaan bersama travel buddies, anda boleh menghantar wang kepada pengguna BigPay yang lain tanpa sebarang caj.
Tambah nilai di mana-mana sahaja – BigPay boleh dihubungkan dengan kad debit dan akaun perbankan anda. Hanya dengan beberapa klik, anda boleh top-up BigPay anda dengan pantas kurang dari 5 minit. Jadi tidak ada masalah sekiranya wang di dalam BigPay anda tidak mencukupi bila membuat pembayaran.
Selamat – Pengguna BigPay mudah membekukan transaksi kad yang boleh dibuat melalui aplikasi BigPay sekiranya kad tersebut hilang dan sebagainya dan setiap pembelian perlulah memasukkan kod 6-digit sebelum pembayaran berjaya dilakukan.
Pengeluaran wang melalui ATM seluruh dunia – Ini sangat memudahkan sekiranya anda memerlukan wang tunai ketika travel dengan caj pengeluaran antarabangsa yang rendah.